Monday, January 17, 2011

Nama Syurga

Syurga  mempunyai beberapa nama ditinjau dari segi sifatnya. Tetapai dari segi zatnya, ia adalah satu. Nama-nama tersebut ialah:
1. Al-Jannah
     'Al-Jannah' adalah nama umum yang meliputi negeri pembalasan, lengkap dengan kenikmatan , kesenagan, kelazatan dan kebahagiaan yang ada didalamnya.
     Kata "jannah" berasal dari "assatru" dan "attaghthiya", yang ertinya menutupi. Jannah juga disebut " bustan", yang ertinya  taman atau kebun, kerana di dalamnya terdapat banyak pohon dan buah-buahan.

2. Darussalam
     "Darussalam" adalah nama yang diberikan Allah S.WT. sesuai firman-Nya bermaksud:
          "Bagi  mereka (disediakan) Darussalam( Syurga) di sisi Tuhanya..."
                                                                                                   (Al-An'am: 127)
          "Allah menyeru (manusia) kepada (syurga) Darussalam...."
                                                                                                    (Yunus: 25)
     Ucapan seluruh penduduk syurga ialah salam (kesejahteraan), yang tidak mengandungi kata-kata kotor, sia-sia dan batil.

3. Darul Khuld
     Dinamakan "Darul Khuld" kerana  penghuninya tidak pernah keluar dari dalamnya selama-lamanya sebagaimana firman Allah S.W.T. :
          "Sesungguhnya ini adalah  benar-benar rezeki Kami yang tidak habis-habisnya."

MyFotoGalery

http://www.flickr.com/photos/53378716@N02/5359300165/in/photostream/

Saturday, January 15, 2011

AqilMar

Aq bernama Marbawi..AqilMar itu singkatan namew aq, Aqil tu adew maksud yg aq sukew dan Mar tu adalah namew aq sendiqi lah..Aq tinggal d Padang Serai Kedah bersama keluarga disini..Aq sekarang msih lagi bersekolah dan tahun depan 2012 akan menjadi detik bersejarah buat aq kerana aq akan mengambil peperiksaan SPM..Insyaallah aq akan mengembirakan ibu bapaku dengan kejayaan itu..Aq sebenarnya gemar dan suka mengambil gambaq..Aq x kisah elok ke tidak gambaq itu, tapi bagiku gambaq itu dapat  aq kenag sepanjang hidup aq..Cita-cita kita semua memang tinggi  dan aq bercita-cita menjadi seorang Akauntan satu hari nanti...Dan sebab itu skarang aq menagmbil bidang Perakaunan dalamm PMP sekolah..Aq berharap dapat  membahagiakan Anak isteriku satu hari kelak(hehehehe dah mrapu dah) Aq brcita-cita agar dapat mengukir senyuman terhadap ibuku yg selama ini telah menitiskan peluh dan menghabiskan temaganya untuk aq ke sekolah dan belajar dengan  selesa..Aq mengucapkan Bermilion Terima Kasih wahai  ibuku yang bernama Asma Bt. Din .Tak akan aq melupakan Ayahku juga yg memberiku wang saku agar aq dapat mmbeli serta merasai  seperti sahabat2 ku yang lain, nama ayahku Ahmad B. Zainal .Aq bersekolah di Sekolah Menengah Dato' Lela Pahlawan. Aq brasa seronok brsekolah di sana kerana  mmang guru d sekolah itu sporting lah..Tapi aq mmang rasa nak bercerita panjang lagi tentang diri aq ini..Tapi dah x ada idea nak britahu apew agy...Aq tulis ayat yg kat atas ini pun sumew nyew mrapu dan x jadipun ayat aq nieh..(hahhahaha) biarkanlah, janji aq adew gak mengenalkan sapew aq ini..