Sunday, May 1, 2011

Sajak Ilmu

Ilmu...

Ilmu,
Engkau amat berguna bagi ku,
walaupun masih ramai yang tidak mengerti,
akan kepentinganmu,
dalam ku meniti hari-hari,
yang penuh onak dan duri.

Akan ku cuba jejaki,
mencari di mana jua,
untuk mengejar dan mempelajarimu,
walaupun keadaan resah,
gelisah dan menghadapi rintangan.

Ilmu,
ku anggap dirimu bukan susah untuk dikejar,
bukan payah untuk belajar,
namun pengorbanan terlalu besar,
dan penuh ranjau untuk ku capai.

Ilmu
walau jaun di perantauan,
ku akan mengejarmu tanpa penat dan lelah,
untuk ku isi dadaku yang kosong ini,
buat pedoman dunia akhirat.