Thursday, June 30, 2011

Teknik Pengurusan Masa

Sekiranya kamu pandai meguruskan masa, kamu akan dapati banyak masa lapang yang boleh dimanfaatkan. Namun malang sekali tidak ramai pelajar yang mampu memanfaatkan masa tersebut kecuali pada hari-hari akhir sebelum peperiksaan. Mulai sekarang binalah amalan baru dan rebutlah masa yang ada semasa di sekolah dengan aktiviti yang bermanfaat. Oleh itu, patuhi pengurusan masa yang efektif di bawah...
Menyelesaikan semua tugasan segera. Jangan bertangguh

  1. Tugas selalu dikaitkan dengan bebanan.
  2. Oleh itu, ramai pelajar yang suka berehat daripada menjalankan tugas.
  3. Namun tugas adalah satu tanggungjawab dan perlu diselesaikan dengan segera.
  4. Jika tidak diselesaikan segera tugas akan bertambah banyak dan bebanan kerja kian bertambah.
  5. Oleh itu, selesaikan tugas segera. Jangan amalkan sikap suka bertangguh.
Memberi keutamaan kepada kerja penting

  1. Semua tugas harus diselesaikan segera.
  2. Harus bijak membahagikan tugas supaya tidak merugikan masa.
  3. Utamakan kerja penting dan kemudian tugas tidak penting atau tugas sampingan.
Memberi peluang kepada orang lain yang membantu tugas kamu

  1. Mintalah bantuan orang lain untuk menyelesaikan tugas kamu.
  2. Tugas kamu menjadi lebih mudah dan masa dapat dijimatkan.
  3. Pepatah juga ada mengatakan Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Mengutamakan tugas sendiri daripada tugas orang lain

  1.  Membantu adalah amalan mulia. Namun begitu, kamu mesti meyelesaikan tugas kamu dahulu sebelum membantu tugas orang lain.
  2. Bagi menentukan masa kamu untuk kamu menjalankan tugas dengan sempurna adalah mencukupi.
Membuat perancangan rapi ke atas sesuatu perkara

  1. Rancanglah masa kamu dengan bijak.
  2. Sebelum melakukan tugas, kamu harus membahagikan masa untuk sesuatu tugas dengan betul.


Kelapangan awal pagi : sebelum kelas bermula ( 15-30 minit )

  1. Pelajar yang datang awal ke sekolah mempunyai banyak masa sebelum kelas bermula.
  2. Gunakanlah masa ini untuk melakukan perkara yang berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran .tentang topik yang akan diajar oleh guru atau membaca nota ringkas.
Kelapangan kerana guru lambat masuk ke kelas ( 5-10 minit )

  1. Gunakan masa ini untuk mengulang kaji topik yang baru diajar oleh guru sebentar tadi.
  2. Kamu juga boleh megulangkaji tentang topik yang akan diajar oleh guru sebentar lagi.
  3. Selain itu kamu juga boleh menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru.
Kelapangan kerana guru tidak masuk ke kelas ( 30-60 minit )

  1. Pada masa ini banyak aktiviti pembelajaran yang boleh kamu laksanakan.
  2. Kamu boleh pergi ke perpustakaan sekolah untuk mentelaah pelajaran.
  3. Kamu juga boleh membuat latihan dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru.
  4. Selain itu, kamu boleh mengulangkaji pelajaran
Kelapangan waktu rehat setelah menjamu selera ( 10 minit )

  1. Selepas berehat untuk makan dan minum di kantin kamu mempunyai masa luang untuk belajar.
  2. Gunakan masa ini untuk membaca nota ringkas.
Kelapangan semasa menunggu bas atau kenderaan berulang alik ke sekolah ( 10-30 minit )

  1. Pada masa ini kamu boleh mengulangkaji pelajaran.
  2. Lebih bijak lagi jika kamu membaca nota daripada buku  kecil yang mudah dibawa kemana-mana sahaja.

No comments:

Post a Comment